Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
TUMPAT, 20 Jun: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi yang juga Ahli Parlimen Tumpat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah istiqamah memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat yang memerlukan sesuai dengan keadaan semasa.
Ahli ‘Yang Berkhidmat’ mengambil peluang turun padang menyampaikan sumbangan dan menyantuni penduduk sekitar Kampung Cherang yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘Total Lockdown’.