Home Berita PAS Melaka

Keluarga pelajar PASTI terlibat Covid-19 dibantu

174
SHARE

Oleh KAMIL SAUFEE

TANGGA BATU, 20 Jun : Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Paya Rumput bersama PAS Cawangan Taman Krubong Jaya telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga melibatkan pelajar PASTI yang telah disahkan positif Covid-19 di sekitar Krubong di sini, hari ini.

Sumbangan kepada enam keluarga yang terlibat ini telah disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin.

Menurut Bakri, sumbangan ini adalah sebagai sokongan moral buat keluarga mereka yang telah disahkan positif Covid-19.

“Kita dapat lihat pada ketika ini ramai yang terkesan dari segi keperluan harian mahupun dari sudut mental.

“Dan pada hari ini apabila kita mengetahui ada keluarga pelajar PASTI kita yang positif Covid 19, maka kita usaha untuk membantu meringankan sedikit beban mereka di samping memberi sokongan moral,” ujar Bakri.

Antara yang turut hadir adalah Pengarah JPrD Paya Rumput, Norazman Yusof dan Ketua Cawangan Taman Krubong Jaya, Kamaruddin Mustafa.