Home Berita PAS Kelantan

WT Club Machang juara Badminton Piala YB Exco Aanak Muda

61
SHARE

KOTA BHARU, 23 Jan: Kejohanan Badminton Beregu PIALA YB Exco Anak Muda Kelantan 2022, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat yang berlangsung selama dua hari (21&22 Januari) bertempat di gelanggang Kota Bharu Badminton Centre (KBBC) telah menobatkan regu WT CLUB Machang sebagai johan dengan membawa pulang wang tunai RM800, piala dan medal.

Naib johan Piala YB Exco pula dimenangi oleh regu M.U6FC yang membawa pulang wang tunai RM600 dan medal. Manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh regu Kuala Krai A dan Persatuan Badminton Kelantan (PBK) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan medal. Kejohanan kali ini berjaya menarik 161 pasukan yang mewajibkan permain beralamat di Negeri Kelantan sahaja.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Zuraidin Abdullah manakala majlis penyampaian hadiah disempurnakan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.