Home Berita PAS Kelantan

KIAS bakal menjadi universiti penuh dalam tempoh lima tahun

100
SHARE

KOTA BHARU, 23 Jan: Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Mohd Amar Abdullah menyatakan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin menjadikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai sebuah Universiti penuh serta menjadikan Hub Pendidikan Islam di Nusantara dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Justeru itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan geran pelancaran sebanyak RM 10 juta setahun bagi tempoh lima tahun untuk tujuan pemerkasaan pengurusan kewangan, pemantapan tadbir urus, pemerkasaan ahli akademik, pemerkasaan pelajar dan juga pembangunan prasarana.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk membuat pengambilan tanah seluas 100 ekar di Nilam Puri bagi menyediakan tapak kampus baharu dan juga pembangunan bandar baru yang akan dikenali sebagai Bandar Nilam Perdana.
“Saya berharap agar seluruh warga KIAS menjadikan kejayaan pada hari ini sebagai penyuntik semangat untuk terus meraih kejayaan yang lebih banyak pada masa hadapan. Manakala sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya alumni KIAS dan agensi kerajaan serta swasta dalam mendokong aspirasi kias amat di harapkan,” katanya.

Beliau yang ditemui media ketika hadir pada majlis sambutan dua dekad penubuhan KIAS hari ini. Sebelumnya, tujuan program ini diadakan bagi menzahirkan rasa syukur atas kejayaan KIAS menjadi Institut Pengajian Tinggi Islam di bawah kelolaan Kerajaan Negeri yang telah berkembang baik sehingga diluluskan penubuhannya sebagai Kolej Universiti.

Untuk rekod, pada tanggal 23 Mac 2021, KIAS telah Berjaya dinaik taraf kepada Kolej Universiti, bagi memenuhi keperluan revolusi industri 4.0 dengan penawaran program baharu merangkumi 2 program asasi, 2 program diploma dan 8 program ijazah sarjana muda.