Home Berita PAS Kedah

Waris si mati terima manfaat SKIMPAS

75
SHARE

POKOK SENA – Seorang waris kepada  pencarum Skim Kafalah PAS (SKIMPAS) menerima manfaat caruman skim berkenaan sebanyak RM10 ribu yang disampaikan oleh Yang DiPertua PAS kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salin di Pondok Bukit Pinang, di sini.

Md Rodzi Md Saad, 49, suami kepada Allahyarhamah Aishah Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat serangan “Stroke” merasa terharu dan lega kerana sumbangan tersebut sangat membantu keluarganya menampung perbelanjaan harian, lebih-lebih lagi pekerjaannya sebagai tukang rumah tidak menentu sejak pandemik Covid-19 melanda.

Perunding SKIMPAS Pokok Sena, Muhamad Riadzuddin Haji Musa yang ditemui bersama rombongan PAS Kawasan Pokok Sena berkata, mereka yang mencarum melalui SKIMPAS akan menerima banyak manfaat selain kematian antaranya manfaat keilatan kekal akibat kemalangan sebanyak RM10 ribu, perbelanjaan hospital sebanyak  RM500 setahun atau elaun harian wad hospital sebanyak RM30.

“Kaedah pendaftaran skim ini sangat mudah dan segala proses pembayaran akan diuruskan oleh pihak kami dalam kadar segera selepas dimaklumkan,” katanya.

Mengulas perkara sama, Wan Romani berkata semua ahli PAS digalakkan untuk untuk menyertai dan mencarum skim ini kerana yuran tahunannya hanyalah RM55 sahaja namun manfaatnya amat besar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan kawasan tersebut turut menyerahkan sumbangan bakul makanan untuk keluarga Md Rodzi.

Turut hadir, Setiausaha PAS Kawasan, Firdaus Salleh, Ustaz Daud Ahmad, Pengarah JPrD Bukit Pinang serta ahli jawatankuasa PAS cawangan terbabit.

Ahli PAS yang ingin mencarum dan mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Muhamad Riadzuddin di talian 019-411 1969.