Home Berita PAS Selangor

PAS Pandan kongsi rezeki bersama warga kerja Hospital Ampang – PAS Kawasan Pandan

9
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Pandan

Oleh : Umar Al-Hayawi

Pandan | Para frontliners negara kita kini semakin kepenatan berikutan bilangan pesakit Covid-19 harian yang meningkat dengan sangat banyak sehingga hampir tahap maksimum kapasiti hospital. Kini dikhabarkan ada sesetengah hospital yang terpaksa ditutup kerana tidak mampu lagi menampung pesakit.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Pandan dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Pandan Jalan Kemajuan telah menyediakan pek makanan dan minuman untuk disumbangkan kepada para fronliners di Hospital Ampang.

PAS Kawasan Pandan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menajadi nadi utama sumbangan tersebut dijayakan. Semoga para frontliner negara diberi kekuatan dan ketabahan dalam memikul amanah negara dalam menangani wabak Covid-19 yang melanda negara kita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor