Home Rencana PAS Selangor

Selamat menyambut Hari Arafah & Hari Raya Aidiladha – DMPK Sepang

25
SHARE

May be an image of 2 people, headscarf and text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang

Bulan Zulhijah mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antara keistimewaannya ialah Ibadah Haji, Hari Arafah, Hari Raya Aidiladha dan Ibadah Korban.

Kemeriahan sambutan ini sedikit sebanyak terkesan dengan kehadiran pandemik COVID-19 yang melanda negara. Walau bagaimanapun, setiap individu muslim perlu untuk memaknai hikmah setiap sambutan yang dirai dalam bulan tersebut.

Hari Arafah pada 9 Zulhijah antara hari yang dimuliakan oleh Allah SWT kerana ketika itulah berkumpulnya semua jemaah haji dalam keadaan penuh khusyuk mengabdikan diri kepada-Nya. Mereka menadah tangan berdoa supaya dosa mereka diampunkan dan segala amalan diterima di sisi Allah SWT. Ia merupakan hari pelepasan daripada api neraka.

Diikuti dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang terkandung di dalamnya hikmah pengorbanan, pembuktian takwa dan kesyukuran atas nikmat serta kesatuan umat Islam.

Semoga kehadiran pandemik COVID-19 tidak melemaskan hikmah yang ada. Sebaliknya, menimbulkan ketakwaan dengan menghayati erti pengorbanan yang sebenar.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha 1442H.

9 Zulhijah 1442H | 19 Julai 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor