Home Berita PAS Kedah

Waris mangsa tragedi bot terbalik terima faedah PERKESO

80
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

GURUN, 22 Dis – Waris kepada seorang pemancing yang maut dalam tragedi bot terbalik pada 14 Disember lalu mendapat khabar gembira apabila menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Allahyarham Muhamad Ridhwan Mokhtar, 38 tahun lemas selepas bot yang dinaiki bersama lima lagi rakannya terbalik di kedudukan 5.5 batu nautika barat daya Jeti Tanjung Dawai.

Allayarham merupakan pencarum PERKESO sejak tahun 2000 sehingga bulan Jun 2012 dengan empat buah syarikat sekitar Sungai Petani. Selepas berhenti daripada pekerjaan Allahyarham kemudiannya membuka perniagaan perkhidmatan servis penyaman udara sejak lapan tahun lalu.

Walapun kemalangan yang menimpa allahyarham tidak berkaitan mengikut Seksyen 24 Akta Keslematan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 tetapi caruman bagi tempoh 2000 sehingga bulan jun 2012 telah melayakkan waris untuk menerima faedah di bawah skim keilatan PERKESO.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Kedah, YB Brigediar Jeneral (b) Dato’ Najmi Haji Ahmad menyampaikan faedah pengurusan jenazah kepada waris yang merupakan penjaga kepada dua orang anak arwah yang masing-masing berusia 15 dan 12 tahun.

Pihak PERKESO dalam proses akhir untuk membayar faedah pencen penakat kepada kedua-dua anak arwah melalui penjaga sehingga mereka berumur 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama.

Hadir sama Pengarah PERKESO Kedah, Encik Haron Othman dan Pengurus PERKESO Sungai Petani, Encik Shukri Mohammad Daud.