Home Berita PAS Pulau Pinang

MN Permatang Pauh kekal utuh

124
SHARE

PERMATANG PAUH, 22 DISEMBER – Muafakat Nasional Permatang Pauh kekal utuh dan terus kehadapan demi Islam dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, tegas Yang dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh Omar Hassan.

Slogan pertahan Muafakat Nasional dan perkukuh Perikatan Nasional sentiasa di menjadi fokus PAS dalam usaha menyatupadukan rakyat, katanya lagi seusai menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Permatang Pauh di Hotel Grand Mulia disini tempoh hari.

Kehadiran beliau turut diiringi Saf Kepimpinan PAS Kawasan antaranya, Naib Yang dipertua Mohd Asree Jusoh, Ketua Dewan Ulama Ustaz Badrul Abdul Rahman, Ketua Pemuda Ustaz Aiman Shamsul Baharin dan Ketua Muslimat Ustazah Norhapiza Saad.

“Hasrat kita agar dengan kesatuan ummah ini, memberi kesedaran kepada rakyat akan peri pentingnya kedaulatan tanah air ini dipertahankan dan bebas dari sebarang anasir yang boleh menggugat kestabilannya,” katanya lagi.

Menurut Omar lagi, sejak MN dibentuk, pelbagai program dan aktiviti bersama telah berjaya dilaksanakan di Permatang Pauh ini.

“Matlamat kita, agar jalinan kerjasama ini berterusan dan diperkasakan dalam misi untuk menakluk kembali Permatang Pauh dan Pulau Pinang agar tidak jatuh lagi ke tangan PH,” ujar beliau menutup bicara.

Beliau turut menyeru masyarakat terutama golongan belia agar mengambil berat akan tanggungjawap memahami politik dalam kerangka yang betul demi masa depan negara.