Home Berita PAS Kedah

27 wanita pendapatan rendah, peniaga kecil terima bantuan RM500

70
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

MERBOK, 22 Dis – Seramai 27 wanita yang berpendapatan di bawah RM866 (bulanan) dan RM227 (perkapita) menerima bantuan Tabung Wanita Sejahtera, dekat Merbau Pulas, Sabtu lalu.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, YB Dato’ Ustazah Hjh Siti Ashah Hj Ghazali di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas.

Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan sumbangan sebanyak RM500 kepada golongan wanita dalam kategori yang ditinggalkan suami, menjaga suami terlantar sakit serta yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Pelaksanaan bayaran dikendalikan oleh Pusat Khidmat Dun dan Penyelaras Dun, serta akan diagihkan mengikut senarai nama yang sudah diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung Wanita Sejahtera.