Home Artikel PAS Kelantan

Warga emas usia 70 tahun dirai di Kelantan

45 views
SHARE

PENGKALAN CHEPA: Warga emas di Kelantan yang berusia 70 tahun ke atas diraikan kerajaan negeri pda program Mesra Kasih Warga Berlian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, menyantuni warga emas merupakan sebahagian program kebajikan di bawah kerajaan negeri.

“Kita sedar anak-anak diuji dengan pelbagai perkara menjaga ibu bapa atau mertua yang sakit.

“Kadang-kadang berhadapan pula dengan sikap ibu atau mentua yang dijaga itu banyak kerenah,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan Kemumin, di sini hari ini.

Seramai 101 warga emas lelaki dan perempuan mendiami rumah kebajikan terbabit.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Said Sidup, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Muhammad Mat Nor dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Zainiah Abdul Halim. – HARAKAHDAILY 5/4/2018