Home Artikel PAS Kelantan

Persempadanan p’raya jadi senjata akhir Umno

1,356 views
SHARE

RANTAU PANJANG: Senjata akhir Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kuasa melalui persempadanan kawasan pilihan raya dianggap tidak memberi kesan besar.

Biar pun dilakukan pemindahan secara terancang kawasan kubu Umno ke Dun tertentu namun pola pengundian dijangka tidak mengulangi apa yang berlaku pada persempadanan sebelum ini.

Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, persempadanan yang dilakukan kerajaan BN kali ini tidak menyeluruh, hanya membabitkan kawasan tertentu sahaja.

Antaranya kata beliau pemindahan semula Dun Chetok daripada kawasan parlimen Pasir Mas ke Rantau Panjang hanya mengulangi sejarah lama.

Katanya, Dun Chetok pada era sebelum 1990-an pernah berada di kawasan parlimen Rantau Panjang.

“Jadi tidak pelik sangat biar pun harapan persempadanan itu bagi menguatkan Umno di Rantau Panjang dengan mengeluarkan Dun Chetok daripada Pasir Mas.

“Manakala Dun Meranti yang menjadi kubu kuat PAS di Rantau Panjang dikeluarkan dari parlimen Rantau Panjang ke Pasir Mas,” katanya di sini.

Malah katanya, pertukaran nama Dun Bukit Tuku kepada Apam Putra juga pernah dicadang PAS Rantau Panjang. – HARAKAHDAILY 5/4/2018