Home Berita PAS Kedah

Sumbangan Khairat Kematian untuk anak yang maut dalam kemalangan

237
SHARE

Oleh M SAUFI ARM

POKOK SENA : Keluarga Allahyarhamah Zara Nuraliza Zakaria,  menerima sumbangan khairat kematian dari Pejabat Menteri Besar Kedah melalui ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood di kediaman keluarga tersebut Kampung Aman, di sini, hari ini.

Bapa Allahyarhamah, Zakaria Nanyan memaklumkan anaknya  bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya melakukan kerja sambilan untuk menambah pendapatan sebagai penghantar makanan Food Panda.

Beliau mengalami kemalangan ketika bertugas menghantar pesanan pelanggan dan disahkan  meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Sementara itu Pengerusi JPKK Kampung Aman, Azlan Ariffin yang ditemui berkata Zara adalah anak sulung dari empat adik-beradik menjadi harapan bagi keluarga kerana hanya beliau yang sudah bekerja bagi membantu menampung perbelanjaan keluarganya.

” Saya berharap keluarganya reda dengan ketentuan takdir dan bersabar menerima ujian berat ini.”