Home Berita PAS Johor

PAS Bakri sumbang foodbank untuk pemandu kereta sewa

81
SHARE

Oleh : Ruhaizah Ahmad

BAKRI, 30 Jun : PAS Kawasan Bakri melalui Pusat Aduan Rakyat (PAR) telah menyampaikan sumbangan berupa pek makanan dalam program ‘foodbank’ kepada ahli Persatuan Tuan Punya Kereta Sewa daerah Muar yang berlangsung di Markaz PAS Kawasan Bakri semalam.

Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri, Kamalulnizam Mohd Suhut telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada para penerima projek berkenaan dengan dibantu oleh penggerak PAR, Ammar Firdaus dan Rahim Abdullah.

Sementara itu, pada pagi ini telah diadakan pemberian kerusi roda dan pek barangan asas kepada sebuah keluarga berbangsa India, diikuti kemudiannya penyampaian sumbangan kepada 19 orang penerima dari kalangan pemandu teksi yang terjejas berupa pek barangan asas dan sekampit beras.

Menurut Kamalulnizam, PAR sentiasa prihatin untuk mereka yang memerlukan dengan menyediakan barangan keperluan asas melalui program ‘foodbank’ ini yang boleh didapatkan di Markaz PAS Kawasan Bakri, Simpang Jeram di sini.

Tambah beliau, program foodbank ini yang bermula sejak Disember 2020 lalu kini telah menerima penerima tetap yang telah meningkat sehingga 110 keluarga.

Beliau juga mengalu-alukan serta membuka peluang infak kepada orang ramai untuk membantu dana tabung ‘foodbank’ ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan yang tertera seperti berikut :

https://pertubuhanmuafakatbakri.com/order/form/tajaanfoodbank