Home Berita PAS Johor

Wanita PN Johor sambut baik sidang Parlimen yang bakal berlangsung

70
SHARE

WANITA PERIKATAN NASIONAL NEGERI JOHOR SAMBUT BAIK SIDANG PARLIMEN YANG BAKAL BERLANGSUNG

1. Wanita Perikatan Nasional Negeri Johor (Wanita PN Negeri Johor) merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih terhadap keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal memanggil sidang Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat serta
persidangan Dewan Negara pula selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos yang akan datang.

2. Kita semua sedia maklum, pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia yang akan mengadakan mesyuarat ini adalah bertujuan menyampaikan maklumat dan memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen tentang Pelan Pemulihan Negara(PEMULIH) dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid tidak lama lagi.

3. Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan bahawa , semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen yang bakal berlangsung tidak lama lagi .

4. Baru-baru ini Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah menzahirkan hasrat agar persidangan Parlimen Malaysia perlu diadakan secepat mungkin dengan pematuhan SOP COVID-19 dan garis panduan sebagaimana ketetapan oleh kerajaan .

5. Wanita Perikatan Nasional Negeri Johor amat berharap agar setiap Ahli Parlimen memberi fokus utama ke arah melahirkan negara Malaysia yang sejahtera dan mengutamakan keprihatinan terhadap rakyat di saat pandemik COVID -19 ,melanda di seluruh dunia tidak terkecuali di Malaysia.

6. Wanita Perikatan Nasional Negeri Johor amat berharap agar semua ahli Parlimen dapat memanfaatkan sidang parlimen ini dengan menunjukkan keprihatinan menyelami denyut nadi kesusahan rakyat dan menzahirkan keprihatinan dalam usaha membantu kerajaan.

7. Wanita Perikatan Nasional Negeri Johor ingin mengingatkan agar semua Ahli Parlimen menghentikan segala politiking dan meninggalkan perbalahan
yang tidak bermanfaat untuk rakyat.

Sekian, wassalam.

Salam hormat.

NORMALA BINTI SUDIRMAN
Ketua Penerangan Wanita Perikatan Nasional Johor
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor
7 Julai 2021