Home Berita PAS Johor

Bantu petani dengan beli dan agih kepada penduduk

40
SHARE

PAGOH, 7 Julai : ADUN Bukit Pasir, YB Haji Najib Lep berkongsi rezeki untuk penduduk di bawah DUN seliaannya dengan membeli hasil tanaman petani dan mengagihkan kepada mereka, disamping membantu meningkatkan hasil jualan para petani di sini.

“Petani muda di Kampung Tanjung Olak, Pengkalan Bukit, Shahril Nezam Haji Yusof dan Nadzirah Haji Yusof yang mengusahakan tanaman lada dan terung secara fertigasi di tanah berkeluasan satu ekar milik keluarganya merupakan usahatani yang rajin dan berilmu.
.
“Mereka perlu diberi perhatian oleh agensi kerajaan dan panduan utk terus berdaya maju di masa akan datang, dan dalam waktu PKP 3.0 ini, hasil tanaman mereka terbantut untuk dipasarkan.
.
“Justeru, saya membeli keseluruhan hasil tanaman terung yang sesuai dipetik mengikut harga pasaran dan mengagihkan kepada penduduk sekitar Dun” menurut beliau dalam tuisan yang dikongsi di laman Facebook rasminya.
.
YB Haji Najib Lep merupakan ADUN tunggal PAS Negeri Johor yang sentiasa aktif membantu, cakna dan prihatin dengan perkembangan ekonomi dan sosial masyarakat di sekitar DUN Bukit Pasir, lebih-lebih lagi dalam era pandemik yang menyaksikan kelumpuhan majoriti sektor sosio-ekonomi di seluruh negara.
.
“Syukur (kepada) Allah, semoga dapat membantu petani-petani khususnya di Dun Bukit Pasir” kata beliau diakhir tulisannya.
.