Oleh WAN AMIRUL ASYRAF
POKOK SENA, 27 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim hari ini menyampaikan barang bantuan awal perniagaan kepada lima orang peserta JomNiaga@NCER yang telah tamat menjalani kursus, dekat sini.
“Di musim Pasca pandemik ini, saya melihat bantuan sebegini sangat membantu para peniaga yang baru mula melangkah untuk memajukan perniagaan mereka ketika ini.”
“Kegigihan empat pelatih ini harus dicontohi oleh semua pelatih yang sedang mengikuti beberapa pakej latihan di sediakan Kerajaan” katanya ketika ditemui.
Empat orang peserta yang menerima sumbangan tersebut merupakan peserta kursus dandanan rambut dan seorang daripada mereka telah menjalani kursus terapi SPA.
Program Jomniaga@NCER ini adalah dibawah salah satu inisiatif diumumkan oleh Kerajaan di bawah pakej PENJANA yang dapat meningkatan taraf hidup golongan B40 melalui latihan dalam bidang kemahiran, asas keusahawanan dan e-dagang.
Melalui pakej ini para peserta akan melalui beberapa sesi kursus pendek dan di akhir kursus, peserta akan diberikan bantuan peralatan bagi memulakan perniagaan.
Majlis penyerahan tersebut telah dijalankan secara pandu lalu.