Home Berita PAS Kelantan

ADUN Gaal agih bantuan kepada peniaga terjejas Covid-19

9
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

GAAL, 26 Sept: Seramai 46 peniaga kecil yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 menerima bantuan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, YB Ustaz Mohd Rodzi Ja’afar di Pusat Khidmat DUN Gaal, semalam.

Bantuan fasa sebelumnya membabitkan 107 penerima dari seluruh DUN Gaal yang mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim. Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Kit Dapur Hijau kepada 40 penerima yang membekalkan benih sayuran, baja organik, baja subur dan anak pokok limau purut.