Home Artikel PAS Melaka

Wakil PAS dalam JPKK perlu terjemah kesyumulan Islam- Bakri Jamaluddin

454
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

TANGGA BATU, 10 Ogos – “Ahli PAS yang memegang jawatan di dalam JPKK perlu menterjemahkan konsep Islam yang syumul dengan melaksanakan amanah tanpa mengira bangsa dan agama.”

Itu gesaan Yang Di-Pertua (YDP) PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi PAS kawasan ini, di sini malam tadi.

“PAS adalah parti dakwah. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai amilin mengambil ruang yang betul untuk menyebarluaskan Islam.” tegas beliau.

Tambah beliau lagi, sebagai ahli PAS, penglibatan pada dua posisi iaitu JPKK dan AJK Masjid merupakan peluang terbaik untuk mereka berada di tengah-tengah masyarakat bagi menyampaikan dakwah dan ilmu Islam.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik menduduki jawatan JPKK dan Jawatankuasa Masjid serta mengingatkan mereka agar menjalankan mandat dengan sebaiknya, sesuai dengan tugasan khalifah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.