Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Kerajaan Terengganu

569
SHARE

Tahniah Kerajaan Terengganu

Semalam, 9 Ogos 2020 Kerajaan Terengganu telah mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa Urus Setia Wanita Terengganu melalui portfolio Pembangunan Wanita & Keluarga.

Dewan Muslimat PAS Malaysia sangat berterima kasih atas usaha dan pencapaian ini dan mengucapkan syabas kepada kepimpinan kerajaan negeri yang prihatin terhadap isu-isu wanita yang perlu diambil berat dan diketengahkan bagi mencapai visi dan misi Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.

Mudah-mudahan dengan adanya urus setia ini, ianya akan sekali gus membantu peranan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam bekerjasama menyelesaikan permasalahan dan menjaga kebajikan para wanita.

Urus Setia Wanita Terengganu yang akan mula beroperasi sejak awal bulan ini, akan diketuai Pengarahnya, Wan Nur Sakinah Din bersama tujuh lagi ahli jawatankuasanya yang telah dilantik.

Tahniah dan Syabas sekali lagi.
Siiru ala barakatillah

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
10 Ogos 2020 | 20 Zulhijjah 1441H