Home Berita PAS Johor

Wajib taat dan thiqah kepada pimpinan – Ustaz Ruslami

191
SHARE

Oleh WARDATUL JANNAH ASSOFFEA

SEKIJANG,19 April : Ahli PAS wajib taat dan thiqah kepada pimpinan selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Demikian dikatakan oleh Ustaz Mohd Ruslami Mohd Salleh, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dalam Program Semarak Jihad di Pejabat PAS Sekijang baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Negeri Johor berkata perlu mengambil ibrah Peperangan Badar yang mengisahkan tentera Islam yang sedikit mampu menewaskan tentera kaum musyrikin yang ramai dengan izin ALLAH SWT .

“Pemimpin perlu cekal dan tabah dalam mendepani mehnah dan tribulasi dalam perjuangan , serta berwaspada dengan musuh luaran dan dalaman yang akan bertindak ibarat kemuncup dalam perjuangan.

“Tapisan ALLAH SWT tidak akan berhenti dalam
menguji keikhlasan hambaNYA dalam perjuangan. Hanya yang benar-benar ikhlas akan istiqamah bersama jamaah di saat susah dan senang”, katanya lagi.

Beliau juga berpesan bahawa Allah SWT menjelaskan pra syarat kemenangan iaitu bertaqwa kepada Allah dan memperbaiki hubungan sesama Muslim.

“Jadikan bulan Ramadan Al-Mubarak dan peristiwa Nuzul Quran sebagai bulan memperkukuh kesabaran, membina persefahaman sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW”, tambah beliau.

Manakala YDP PAS Kawasan Sekijang, Ma’arof Abd.Mutalib berkata dalam ucapan aluannya , PAS Kawasan Sekijang akan terus berusaha mematuhi segala arahan parti dan cuba memberikan kerjasama sebaiknya segala program anjuran daripada lajnah dan Dewan Ulamak Negeri Johor setiap masa.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pimpinan dan wakil dari PAS cawangan yang dapar hadir melapangkan masa dalam Program Semarak Jihad anjuran Dewan Ulamak PAS Negeri Johor.