Home Berita PAS Negeri Sembilan

Program Semarak Kasih Ramadan Port Dickson anjuran DMPM bersama Muslim Care

57
SHARE

Oleh : UMMU FIDA’

PORT DICKSON,18 April : Dewan Muslimat Pas Kawasan Port Dickson telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Program Semarak Kasih Ramadhan anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Muslim Care, di sini.

Program ziarah tersebut sebenarnya telah dirancang semenjak tahun 2021 lagi, namun telah tertunda disebabkan oleh Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Program tersebut bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara pimpinan DMPM, pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan (DMPNS) serta ahli dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Port Dickson.

Rombongan ini telah mengadakan ziarah rumah ke rumah bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur beserta duit raya bagi 10 keluarga asnaf yang terpilih.

Program ini telah dihadiri oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPM Dr. ‘Uyun Malik bersama NGO Muslim Care seramai 2 orang, 6 orang AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan (DMPNS), 7 orang wakil dari setiap DMPK serta 9 orang AJK DMPK Port Dickson yang turut hadir.

Program yang bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Markaz PAS Kawasan PD telah dimulai dengan ucapan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNS, Rohayati Md Din, ucapan oleh YDP PAS Kawasan PD Ustaz Abdul Fatah Zakaria serta ucapan daripada Ketua LKK DMPM Dr. ‘Uyun Malik.

Acara penutup majlis telah berlangsung gimik penyerahan barangan sumbangan oleh beliau kepada wakil DMPNS yang terdiri daripada DMPK Seremban, DMPK Rasah, DMPK Jempol, DMPK Kuala Pilah dan DMPK Tampin.

Sesi ziarah di Kawasan PD telah dimulakan bersama semua pimpinan yang hadir dengan pimpinan Ketua LKK PAS Port Dickson, Norliza Abdul Aziz di sekitar Teluk Kemang iaitu Batu 7, Jalan Masjid Warisan, Rumah Rakyat Peringkat 1, Taman Belida, Kampung Nelayan, Kampung Sawah Sunggala, Taman Hartamas dan Taman Desa PD di Sua Betong.

Ustaz Abdul Fatah dalam ucapannya merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kesudian LKK DMPM kerana memilih Kawasan Port Dickson sebagai tempat Program Semarak Kasih Ramadan.