Home Berita PAS Pahang

Majlis Khatam Quran Perdana serentak di Indera Mahkota

105
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 21 Apr :: Majlis Khatam Quran Perdana telah berlangsung serentak di Beserah dan Semambu anjuran Dewan Muslimat PAS Indera Mahkota (DMPIM) baru-baru ini.

Program tersebut diadakan di Masjid Saidina Umar Al-Khatab Chenderawasih dan di Masjid Panglima Perang Sungai Karang, Kuantan.

Selain dari khatam Al-Quran, program dimuatkan juga dengan sumbangan kepada mualaf seramai 25 orang, penyerahan kit pesakit yang terlantar kepada 18 Cawangan PAS di Indera Mahkota dan sebanyak 300 bekas pulut kuning diedarkan kepada peserta yang hadir sebagai buah tangan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu telah menyampaikan sumbangan kepada mualaf dan kit pesakit kepada wakil-wakil Cawangan di Beserah, manakala di Samambu oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Zulfadli Zakariah.

Sempena dengan hari penurunan ayat suci Al-Quran, surah Al-Hujurat ayat 6 telah ditadaburkan oleh Ustaz Zulfadli Zakariah, manakala surah Al-Asr oleh Ustaz Iwan Shahrizal Mokhtar.

Pengarah program Ustazah Zainab Mohamad berkata, program ini adalah program tahunan DMPIM  buat pertama kalinya diadakan secara serentak.

Program ini dijayakan oleh Lajnah Dakwah, Lajnah Penerangan dan Media Baharu dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Indera Mahkota (DMPIM).