Home Berita PAS Melaka

Video: Pesan anak-anak kekal dalam PAS, jangan khianat

323
SHARE

Oleh ABU ANAS

JASIN, 16 Ogos: Allahyarham akhir-akhir ini banyak kali berpesan kepada anak-anaknya agar terus kekal dalam PAS selagi PAS tidak menyeleweng daripada Islam.

Demikian dinyatakan balu kepada Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Melaka, Almarhum Ustaz Hasri Hamdan, Siti Nuur Asiyah Razali ketika ditemubual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) di rumahnya semalam.

“Dia pesan dengan anak-anak selagi PAS (perjuangannya) betul, ikut PAS, jangan jadi pengkhianat. Itu dia selalu pesan. Jangan jadi pengkhianat,” ujar Asiyah.

Almarhum Ustaz Hasri Hamdan menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu malam ketika sedang memandu ke klinik untuk mendapatkan rawatan akibat serangan asma dan terlibat dalam satu kemalangan kecil semasa di dalam perjalanannya itu, namun Almarhum disahkan negatif Covid-19.

Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Kampung Umbai pada Ahad sekitar jam 9.00 malam.

Berikut adalah video temubual penuh dengan balu Almarhum Siti Nuur Asiyah Razali: