Home Berita PAS Kelantan

Vaksin ‘Walk-In’ mudahkan rakyat

169
SHARE


Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KOTA BHARU, 14 Sept: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah melaksanakan program suntikan vaksin secara terus atau ‘walk in’ bermula 5 september lalu yang melibatkan 21 Pusat Pemberian Vaksin di negeri ini.

Tujuan utama program ini untuk memberi kemudahan dan galakan kepada rakyat menerima suntikan vaksin secara terus tanpa menunggu atau membuat temujanji terlebih dahulu. Usaha ini juga diharapkan dapat mencapai imuniti kelompok secara cepat. Hebahan program ini melalui media sosial seperti ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatsapp’ mendapat sambutan baik rakyat Kelantan.