Home Berita PAS Kelantan

Keluarga murid sekolah terima sumbangan MAIK

90
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

TUMPAT, 14 Sept: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengagihkan 50 bakul makanan dan wang tunai sebanyak RM100 seorang kepada ibu bapa murid yang terkesan akibat pandemik COVID-19, melalui Bantuan Prihatin secara berperingkat. Bantuan ini adalah wang zakat yang disediakan kepada golongan asnaf.

Sesi penyerahan sumbangan berlangsung di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kebakat Jaya (SKKJ) oleh pegawai Agihan Zakat MAIK, Ustaz Mahamad Azmi Zakaria dan dibantu Guru Besar Sekolah Encik Mohamad Razali Omar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih khusus kepada pembayar zakat serta pihak yang menginfakkan harta mereka menerusi MAIK, kerana hasil sumbangan tersebut dapat membantu keluarga anak-anak murid yang terkesan.