Home Berita PAS Melaka

Utamakan pendekatan Islah – Ustaz Syahbudin

233
SHARE

Oleh AL-ANSARI

ALOR GAJAH, 8 Mac : “Antara tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang Muslim adalah supaya mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah SWT dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri.

“PAS lebih mengutamakan pendekatan Islah dalam menyatukan tiga serangkai utama parti Melayu/Pribumi iaitu Umno, Bersatu dan PAS dan menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin.

“Pada masa yang sama PAS turut menekankan buat masa ini sewajarnya semua pihak memberikan sepenuh perhatian bagi menjayakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha memerangi wabak Covid-19 dan pemulihan semula ekonomi negara dengan sebaiknya”.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) selepas meluangkan masa hadir di Program Lawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di DUN Gadek semalam.

Program itu bermula dengan program tazkirah Subuh dan sumbangan asnaf di Kuala Ina dan diikuti beberapa ziarah kasih di Pulau Sebang dan diakhiri dengan lawatan ke beberapa perusahaan kampung di Paya Datuk.

Rata-rata penerima ketika sesi wawancara mengucapkan terima kasih atas pelaksanaan program ini dan berharap agar program seumpama ini diteruskan.

Program turut dihadiri oleh Setiausaha PAS Kawasan Alor Gajah, Syahmi Satar dan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya DUN (JPrD) PAS Gadek, Mohd Afif Che Roselam.