Home Berita PAS Perak

PAS Perak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan fitnah yang telah ditularkan oleh Harakatdaily | Ketua Penerangan PAS Negeri Perak

366
SHARE
May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎Hd Harakatdaily الحراکت @harakatdailyHD 20h PAS Perak arah ahlinya bermunajat bagi mendoakan agar ADUN Tronoh dibebaskan daripada kes rogol amah. SERUAN mahkan UNTUK AH! SOLAT agar fitnah FITNAH! ja YONG Haji Razman Bin Haji Zakaria Pesuruhjaya Pas Neger Perak Kebenaran pasti datang‎"‎‎PAS Perak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan fitnah yang telah ditularkan oleh Harakatdaily yang sedang berlegar di media sosial melalui pautan asal yang dinaikkan pada 7 Mac 2021 jam 12 tengah hari di pautan:
Untuk makluman semua pihak, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan oleh PAS Perak kepada ahli PAS berkenaan perkara tersebut.
PAS Perak turut mengecam tindakan Harakatdaily yang cuba mengelirukan orang ramai dengan identiti seakan Harakahdaily serta telah banyak mengeluarkan propaganda murahan serta kenyataan-kenyataan fitnah terhadap PAS sebelum ini.
Pendirian PAS Perak adalah jelas tidak mencampuri sebarang urusan mahkamah. Bagi PAS Perak Mahkamah berhak untuk mengadili mana-mana individu secara bebas dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak.
PAS Perak akan membuat laporan polis supaya fitnah yang disebarkan oleh Harakatdaily ini diambil tindakan oleh pihak berwajib bagi menutup pintu fitnah yang sedang dimainkan.
Hafez Sabri
(Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak)