Home Artikel PAS Kedah

Ustaz Nurul Amin Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah 2019/21

617 views
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) telah memilih Ustaz Nurul Amin Hamid sebagai Ketua Pemuda baharu, bagi sesi 2019/2021, dalam Muktamarnya Kali Ke-53.

Mantan Timbalan Ketua Pemuda negeri Kedah itu dipilih menggantikan YB Ustaz Salim Mahmood kerana melepasi had umur.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda yang baharu adalah Ustaz Nasrun Othman manakala Naib Ketua pula diisi oleh Ustaz Mohd Aizat Bin Zakaria.

Sementara itu, dalam ucapan pergulungan Ustaz Nurul Amin sebagai Ketua Pemuda Baru dalam Muktamar Pemuda kali ke 53 itu, beliau menyifatkan jawatankuasa baharu yang dipilih sebagai generasi yang akan mendepani bentuk cabaran yang lebih hebat lagi iaitu mengukuhkan generasi perpaduan ummah dan berhadapan kerajaan berwajah baharu yang berbahaya untuk bangsa dan agama.

“Sebelum Kita bermuktamar di bumi Memali ini,pelbagai cabaran yang kita telah tempuhi untuk menjayakan Muktamar ini, seolah-olah Allah taala hendak menunjukkan kepada kita satu cabaran yang lebih besar yang perlu diharungi oleh kepimpinan baru selepas ini selari dengan kisah tragedi berdarah bumi Memali yang kita sedang bermuktamar pada hari ini, cabaran yang perlu kepimpinan pemuda yg baru tempuhi ini ialah dengan keberanian seperti para syuhada’ Memali, mempertahankan Islam dengan nyawa hingga ke titisan darah terakhir”

Para pemuda hari ini mesti ada sifat berani dalam konteks hari ini ialah berani menyatakan kebenaran, berani menerima perubahan dan pandangan, berani bertindak dalam melaksanakan kata-kata dalam gerak kerja Islam.

Muktamar kali ini juga telah meluluskan usul supaya taawun siasi antara PAS dan UMNO perlu diperkukuhkan.

Majlis perasmian muktamar itu telah disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Seramai 10 ahli jawatankuasa turut dipilih, iaitu Ustaz Najhi Hayazi, Ustaz Abdul Hadi Omar, Ustaz Ikram Zaki Mohamad, Ustaz Mohd Nor Rahimin Abd Rahim, Saudara Saifuddin Hassan, Ustaz Fikri Ishak, Ustaz Saiful Syazwan Syafie, Ustaz Hanifi Jamaluddin, Saudara Ku Muhyi Ku Hamid dan Ustaz Subki Sulaiman.

Pengerusi Tetap dikekalkan iaitu Ustaz Mohd Rosli Azmi,. Manakala timbalannya adalah Ustaz Mohamad Ismail.