Home Artikel PAS Terengganu

Ustaz Zul Pecah Tradisi

2,123 views
SHARE

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Umum mengetahui tenaga pengajar Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam(PASTI) adalah terdiri daripada muslimat dan muslimat muda, tetapi di PASTI Al-Mukminin, Che Lijah, seorang pemuda, Ustaz Zul telah memecah tradisi itu.

Ustaz Zulkifli Awang Muda, 33, telah dua tahun menjadi mencurahkan bakti di PASTI berkenaan secara sepenuh masa.

“Masa 2016, saya mengajar hafazan di PASTI ini, sehingga 10.00 pagi, tetapi apabila kekurangan guru bermula pada Januari 2017, saya diminta mengisi kekosongan tersebut,” ujar beliau.

Beliau yang ditemui ketika Lawatan Mahabbah Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA) ke PASTI Al Mukminin, Che Lijah, di sini pada 24 April.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Universiti Sains Malaysia(USM) itu sewaktu ditanya perasaannya yang terlibat dengan profession yang didominasi muslimat itu beliau berkata,” saya tidak kesah, sebab sayapun ‘suka budak-budak'” dan suka mengajar.

Zulkifli yang mendapat pendidikan awal di PASTI Qaryah Gong Pasir adalah Ketua Pemuda Cawangan Binjai Che Lijah itu mengakui seronok dan tidak kekok dengan suasana tersebut.

“PASTI ini mempunyai 97 orang pelajar dan lima orang guru dan dua orang pembantu,” ujarnya.

Kunjungan KHAIRUNNISA ke PASTI itu diketuai oleh isteri Ahli Parlimen Dungun, Siti Zaleha Mohamad itu, juga disertai oleh isteri ADUN Rantau Abang, Rugayah Mahmood dan mantan ADUN Rantau Abang, Maizatul Asma Yusof.