Home Artikel PAS Johor

PASTI Harith Al Muhasibi Sambut Baik Kempen ‘World Animal Day’

117 views
SHARE

Bulan April merupakan bulan kempen “WORLD ANIMAL DAY” yang mana kempen ini dijalankan di seluruh dunia untuk memberi kesedaran kepada manusia tentang kepupusan haiwan-haiwan liar dan teracam.

Oleh itu, PASTI HARITH AL MUHASIBI, Bandar Baru Uda telah pun mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kempen ini dan memberi kesedaran kepada anak murid PASTI tentang kehidupan haiwan yang semakin pupus akibat daripada sikap manusia yang semakin rakus dalam mengejar kepentingan diri.

Selain daripada itu, terdapat silibus dalam pembelajaran pasti subjek Pendidikan Sains Sosial berkaitan haiwan liar. Ini dapat dipelajari para pelajar di luar bilik darjah.

Sekaligus menanamkan murid sifat kasih sayang terhadap makhluk ciptaan Allah s.w.t iaitu haiwan. Dan menjadi penyaksian kehebatan Allah s.w.t .

Sehubungan daripada itu saya Cikgu Izzah selaku guru kanan PASTI HARITH AL MUHASIBI berserta lima orang guru lain iaitu Cikgu Fatimah, Cikgu Amira, Cikgu Syahira, Cikgu Atika, Cikgu Syahidah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu ayah yang sama-sama memberikan sokongan yang padu dan jitu kepada guru bagi menjayakan program kempen ini.

Semoga Allah merahmati kita semua.
Sekian terima kasih.

Cikgu Izzah,
PASTI Harith Al Muhasibi, BBU
Johor Bahru