Home Berita PAS Kedah

Ustaz Nurul Amin Kekal Terajui Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

327
SHARE

Oleh ABD HADI OMAR

ALOR SETAR, 23 Oktober : Ustaz Nurul Amin Bin Hamid mengekalkan jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sesi 2021/2023 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah hari ini.

Sementara, jawatan Timbalan dan Naib Ketua juga menyaksikan Ustaz Nasron Othman dan Ustaz Aizat Bin Zakaria berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Pemilihan kali ini juga menyaksikan 10 ahli jawatankuasa yang terpilih dalam pemilihan adalah seperti berikut :-

1. Ustaz Ahmad Najhie bin Hayazi
2. Mohd Saifuddin bin Hassan
3. Ustaz Ikrom Zaki bin Mohamad
4. Saudara Abdul Hadi bin Omar
5. Mohd Noor Rahimin bin Abdul Rahim
6. Saiful Syazwan bin Shafie
7. Saudara Adnan bin Yusof
8. Saudara Ibrahim bin Haji Ismail
9. Saudara Hamadah bin Mohamad Shauki
10. Mohamad Aminur Syafiq bin bin Mohamad Abduh

Manakala pengerusi tetap dimenangi oleh Ustaz Subki Sulaiman dan Timbalan Pengerusi tetap disandang oleh Ustaz Mohd Roshidi Mohd yang menang tanpa bertanding.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing pada sesi kali ini,” ujar pengerusi pemilihan Saudara Aznam ketika mengumumkan senarai nama yang terpilih.

Menurutnya lagi, 15 Dewan Pemuda kawasan telah menunaikan tanggungjawab dengan menghantar senarai pencalonan jawatankuasa sesi 2021/2023 mengikut masa yang ditetapkan.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kedah kali ini diadakan di Kompleks PAS Kedah dan dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato Taib Azamuddin.

Muktamar kali juga dilangsungkan dengan agak ketat yang mana semua jawatankuasa, perwakilan dan urus setia yang hadir mesti telah divaksinasi dua dos lengkap serta melakukan ujian kendiri pengesanan Covid-19.