Home Berita PAS Kedah

Banjir kilat: 10 anggota Jabatan Amal Sungai Petani mula operasi

174
SHARE

Oleh MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH

SUNGAI PETANI, 23 Oktober : Seramai 10 anggota Jabatan Amal bertindak dalam operasi pembersihan rumah mangsa banjir di sekitar Batu Dua Sungai Petani.

Berikutan hujan lebat lebih tiga jam di daerah Kuala Muda telah mengakibatkan beberapa mukim, kampung dan taman perumahan dilanda banjir kilat. Operasi pembersihan ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Sungai Petani yang baharu Ustaz Muhd Aizat Abdullah dan Saudara Muhammad Nuruddin Bashah selaku Timbalan Komandan Jabatan Amal Sungai Petani.

“Pembersihan bermula pada jam 10 pagi dan alhamdulillah kita berjaya tamat pada 4 petang dengan pembersihan 2 buah rumah di Pengkalan Lebai Man, sebuah rumah di Batu Belah, pembersihan Surau An Nur Kg Haji Wahab, serta diakhiri dengan 2 buah rumah di Taman Sari”, kata Muhd Aizat kepada media.

Menurut mantan Ketua Pemuda PAS Sungai Petani Ustaz Mohd Hafiz Bin Sharir, pemuda dan anggota Amal memang komited dan siap siaga dalam mana-mana operasi pembersihan tanpa merngira musim pilihanraya, musim pendemik dan sebagainya.

Menurutnya lagi konsep beramal tanpa mengira parti politik, bangsa dan siapa mangsa bencana telah diterap dalam etika Jabatan Amal dan Dewan pemuda PAS berdekad lamanya.