Home Berita PAS Kedah

Bantuan Prihatin Sejahtera ke seluruh DUN Bukit Pinang

28
SHARE

POKOK SENA, 23 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim membuat edaran Pek Bantuan Sejahtera ke seluruh masyarakat yang terkesan di DUN Bukit Pinang melalui Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) di sini.

“Setiap JPKK akan menerima 16 set pek makanan asas, edarkan lah pek makanan ini kepada penduduk kampung tuan-tuan yang kini terkesan dengan kehidupan seharian”.

Inilah sedikit bantuan dari Kerajaan Negeri Kedah, sebagai tanda prihatin kerajaan bagi mengurangkan beban Rakyat Kedah ketika ini, katanya ketika ditemui.

Seramai 27 orang pengerusi dan setiausaha JPKK yang terlibat mewakili 27 buah kampung di seluruh DUN ini.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bukit Pinang, Ustaz Abidin @ Daud bin Ahmad dan Pegawai Khas Exco, Sdr Mohd Firdaus bin Salleh.

Majlis telah berjalan dengan pematuhan SOP kendiri yang tinggi seperti yang telah digariskan oleh Pihak Kerajaan.