Home Berita PAS Melaka

Ustaz Kamarudin ucap takziah pemergian isteri Almarhum Haji Jaya

292
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 29 Jun : Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Hajah Jalilah Md Zin yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

Almarhumah Hajah Jalilah yang berusia lingkungan 60an merupakan isteri kepada Almarhum Haji Jaya Mohamad, 74, yang baru sahaja meninggal dunia pada petang kelmarin.

Ustaz Kamarudin di dalam kenyataannya turut menzahirkan kesedihan yang tidak terhingga di atas peristiwa ini.

“Mereka merupakan penggerak parti yang hebat PAS Melaka, khususnya di kawasan Bukit Katil.

“Sumbang bakti dan pengorbanan keluarga ini terlalu banyak. Moga Allah balas dan tempatkan keduanya ke dalam syurga.

“Marilah kita mendoakan, agar Allah berikan kekuatan buat keluarga mereka terus sabar dan tabah,” ujar beliau lagi.

Ustaz Kamarudin yang juga merupakan Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka itu menyatakan demikian dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya malam tadi.