Home Berita PAS Melaka

Semoga keluarga Almarhumah Hajah Jalilah tabah atas ujian – Bakri

139
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 29 Jun : Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran atas ujian yang dihadapi oleh keluarga Almarhumah Hajah Jalilah Md Zin, kata Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Bakri Jamaluddin.

Beliau berkata demikian di dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi sebagai mengulas pemergian Almarhumah Hajah Jalilah yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

“Saya mewaklili PAS Kawasan Tangga Batu dan Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka turut berdukacita atas pemergian Hajah Jalilah Md Zin.

“Ucapan takziah ke atas ahli keluarga dan waris atas ujian yang menimpa ahli keluarga Almarhum Haji Jaya.

“Seperti Almarhum suaminya yang pergi meninggalkan kita semalam, Almarhumah juga merupakan penggerak utama Dewan Muslimat PAS Bukit Katil dan Melaka,” ujar beliau.

Bakri yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu berkata lagi, jasa dan pengorbanan mereka sekeluarga sangat besar terhadap urusan dakwah umat samada pengorbanan harta, wang ringgit dan masa.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhumah Hajah Jalilah dan Almarhum suaminya, mengampuni dosa- dosa dan kesalahan mereka, menerima segala amal baik mereka serta menempatkan mereka bersama para syuhada dan orang-orang soleh.

“Al Fatihah.. Ya Allah lapangkanlah kubur mereka, jadikanlah kubur mereka sebagai tempat istirahat dari taman-taman syurga,” doa beliau.

Almarhumah Jalilah yang berusia lingkungan 60an merupakan isteri kepada Almarhum Haji Jaya Mohamad, 74, yang baru sahaja meninggal dunia pada petang kelmarin.