Home Berita PAS Perlis

‘Maklumkan, kami akan bantu’

81
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 29 Jun: Mengambil kira keadaan semasa yang kian mencabar, Wanita Perikatan Nasional Perlis terus menggerakkan jenteranya bagi membantu masyarakat.

Semalam, beberapa orang penduduk yang terjejas yang tinggal dalam DUN Sena telah menerima bantuan Bakul Makanan Prihatin.

Penyerahan bantuan berkenaan dibuat oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Kangar, Norhasmayati Che Me dan Ketua Srikandi BERSATU Kangar, Normi Aziz.

Menurut Norhasmayati, Wanita Perikatan Nasional Perlis telah mengedarkan borang permohonan bantuan kepada penduduk untuk mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan segera.

“Alhamdulillah, seperti yang telah dijanjikan, mereka yang telah memaklumkan kepada kami (mengisi borang permohonan) telah menerima bantuan pada hari ini yang disumbangkan oleh¬†Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

“Mereka yang belum menerimanya (bantuan) tidak perlu khuatir kerana insya Allah bantuan untuk mereka akan menyusul nanti,” katanya.