Home Artikel PAS Melaka

Ustaz Imran serah sumbangan bantu keluarga Almarhum Ahmad Hasim

629
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman telah menyerahkan sumbangan kepada keluarga Almarhum Ahmad Hasim dalam satu majlis ringkas di rumah keluarga Almarhum di Kuala Linggi di sini petang semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Negeri Melaka berkata sumbangan wang tunai berjumlah RM500 itu adalah bagi menampung sebahagian dari kos pengebumian yang ditanggung keluarga Almarhum.

Tambah beliau lagi, sehingga kini seluruh warga PAS Kawasan Masjid Tanah masih terasa kehilangan atas pemergian Almarhum Ahmad Hasim yang ketika menghembuskan nafas terakhirnya adalah Penolong Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah.

“Kita sentiasa mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat, diampuni dan segala perjuangannya selama ini diterima sebagai jihad.” ujar beliau.

Sementara itu dalam majlis yang sama Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul turut menyerahkan sumbangan dari pihak MTD.

Azmi yang juga bekas calon PAS DUN Kuala Linggi dalam PRU14 lepas menyerahkan sumbangan berjumlah RM200 kepada keluarga Almarhum.

Sumbangan diterima oleh anak-anak Almarhum, Izham Hakimi Md Hasim dan Irfan Fahmi Md Hasim bagi pihak balu Almarhum Siti Aidah Bohari.

Almarhum Ahmad Hasim telah kembali ke rahmatullah pada 11 Jun lepas akibat komplikasi dari penyakit gout kritikal yang dihidap Almarhum selama ini.

Turut hadir ialah Setiausaha PAS Perhubungan Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz, Setiausaha MTD Kuala Linggi, Zul Sham Mahat dan beberapa orang lagi pimpinan PAS tempatan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)