Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (25 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

434
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 25 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.

Tambah laporan itu lagi sebanyak lapan kes sembuh direkodkan semalam, kesemuanya dari kes import menjadikan jumlah kes aktif yang masih dirawat kini hanya tinggal 13 orang pesakit berbanding 21 orang kelmarin.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 13 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 8

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 8
Kes sembuh (keseluruhan) : 238 orang
Sedang dirawat : 13 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Baru : 2
Duyong : 1
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


 

Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 25 Jun.

Menurut KKM hanya empat kes baharu dilaporkan semalam melibatkan tiga kes import dan satu kes penularan tempatan yang mana kesemuanya adalah melibatkan warganegara.

Tambah KKM lagi daripada tiga kes import yang dilaporkan, dua dikesan di Selangor dan satu di Kelantan sementara satu kes penularan tempatan direkodkan di Johor.

Seramai 40 pesakit dilaporkan telah sembuh dan discaj semalam menjadikan kadar kesembuhan meningkat kepada 96.17 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8600
Kes Baharu : 4
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 208
Kes ICU : 2
Kes Sembuh Baharu : 40
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8271
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)