Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (24 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

908
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 24 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu, kes kesembuhan baharu dan kes kematian baharu dilaporkan di Negeri Melaka semalam.

Tambah laporan itu lagi seramai 21 orang pesakit aktif masih dirawat dengan seramai 230 telah sembuh dan discaj setakat ini.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 21 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 15

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 230 orang
Sedang dirawat : 21 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Baru : 2
Duyong : 1
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 24 Jun.

Menurut KKM, enam kes baharu dilaporkan semalam melibatkan dua kes import dan empat kes penularan tempatan di mana kesemua kes penularan tempatan melibatkan warganegara.

Tambah KKM lagi, daripada empat kes penularan tempatan tiga kes dilaporkan di Selangor dan satu kes lagi di Sarawak.

Sebanyak 45 kes discaj dilaporkan semalam menjadikan jumlah kes discaj adalah sebanyak 8,231 kes.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8596
Kes Baharu : 6
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 244
Kes ICU : 2
Kes Sembuh Baharu : 45
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8231
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)