Home Berita PAS Kedah

Ustaz Azam ziarah dan beri sumbangan khairat kematian

60
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap merangkap Ahli Majlis Daerah Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz hadir menziarahi arwah Bakar Bin Mat Isa, 85 di Kampung Mani Sungai Kecil, Padang Sanai, PadangTerap.

Dikhabarkan arwah menghembuskan nafas pada jam 6.20 pagi dan meninggal dunia akibat sakit tua, semalam.

Ustaz Azam menyampaikan sumbangan khairat kematian dari PAS Padang Terap kepada keluarga arwah.

Dan YdP turut merakamkan salam takziah di atas pemergian arwah,semoga arwah di cucuri rahmat serta di tempatkan bersama para solihin.

Turut hadir bersama YdP Azam ialah salah seorang Ahli Jawatankuasa JPrD Kuala Nerang saudara Abdul Razak.