Home Berita PAS Perak

Jentera PAS mesti bentuk gelombang kemenangan

63
SHARE

Oleh : Ummu Nidhal

TELUK INTAN, 8 Ogos: Setiap anggota parti khususnya jentera PAS perlu bergerak aktif bagi membentuk gelombang kemenangan pada pilihanraya ke 15 yang bakal tiba bila-bila masa.

“Strategi yang terancang dan tersusun mesti diatur bagi memastikan pengundi di setiap Unit Peti Undi (UDM)  mengundi PAS dan calon Perikatan Nasional  pada pru kali ini,” ucap Pesuruhjaya PAS Perak YB Haji Razman Zakaria ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS ke 59 yang berlangsung di kompleks PAS Teluk Intan pagi tadi.

Katanya lagi,  senario politik di Perak menyaksikan bahawa semua parti tidak boleh membentuk kerajaan melainkan melalui kerjasama politik.

Oleh itu jentera pilihanraya PAS perlu membuat anjakan paradigma dengan mengubah cara berfikir dan bertindak selari dengan arahan pimpinan negeri dan pusat.

Beliau yang merupakan Ahli jawatankuasa PAS Pusat menegaskan PAS tetap kekal bersama dalam Perikatan Nasional dalam masa yang sama tetap berusaha memperkukuhkan hubungan dengan UMNO yang terlihat masih berbolak balik dalam menyatakan pendirian terhadap hubungan ini.

Beliau yang merupakan exco Perladangan,  Pertanian dan industri makanan Kerajaan Negeri Perak juga menekankan agar pemegang jawatan di peringkat JPKK,  Ahli Majlis Bandaran , di kementerian dan sebagainya perlu menjalankan kerja dengan amanah dan efisian agar PAS terlihat parti yang mampu menerajui kepimpinan negara.

Mengakhiri ucapannya,  ADUN Gunung Semanggol itu menegaskan perang Zatus Salasil mengajar kita bahawa ketaatan terhadap arahan pimpinan walaupun ianya merupakani individu yang tidak disenangi , merupakan faktor utama bagi mencapai kemenangan dalam perjuangan.