Home Berita PAS Melaka

Usrah roh tarbiah – Ustaz Imran

69
SHARE

 

Oleh IBNATDEEN

HANG TUAH JAYA, 1 Mei : Usrah adalah roh tarbiah, buatlah berapa banyak program, namun jika tidak menyertai usrah tidak ada maknanya.

Demikian dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman di dalam majlis penyerahan Watikah Naqibat Teras, Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) yang bertempat di Dewan Muallim Haji Abdul Wahid, Kompleks PAS Bukit Katil.

Beliau yang hadir merasmikan program tersebut, telah menceritakan konsep usrah dan kepentingan berusrah di hadapan 50 orang naqibat DMPNM di sini, pagi tadi.

Jelas beliau, usrah adalah medan pembentukan jati diri ahli PAS secara menyeluruh.

“Kita tidak mahu usrah semata-mata menjadi medan menuntut dan memberi ilmu. Usrah mesti diperkasakan untuk memupuk kesedaran di setiap peringkat untuk segera bertindak,” ujarnya.

Usrah PAS, menurut beliau, berperanan mendidik jati sahsiah diri ahli PAS dari sudut pencernaan fikrah dan penerapan aspek integriti dan sifat mahmudah.

“Di sini ahli bukan hanya sekadar perlu tahu, tetapi ahli perlu segera mempraktikkan setiap ilmu yang diperolehi bagi mendepani masyarakat.

“Sasaran usrah adalah untuk ahli PAS menjadi agen dakwah terhadap masyarakat,” jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka.

Majlis Penyerahan Watikah Naqibat DMPNM telah dianjurkan oleh Lajnah Tarbiah dan Perkaderannya pagi ini, telah bermula seawal jam 8.30 pagi dengan majlis khatam Al-Quran Perdana.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .