Home Artikel PAS Melaka

Pena Kaunselor : Tips 4T dalam memberikan komen

29
SHARE

Oleh ABU HARITH

SEHARI dua ini kita banyak disajikan dengan pelbagai isu yang menjadi perdebatan, buah mulut dan komen yang rencam dalam kalangan netizen. Semua ini memberikan satu suasana yang kurang sihat dalam masyarakat kita jika tidak diuruskan dengan baik.

Sebelum hendak memberikan apa-apa komen atau pendapat peribadi tentang sebarang isu yang sedang berlegar, mungkin ‘Teknik 4T’ ini boleh diamalkan:

1. TENANG

Tenangkan diri dahulu apabila membaca, melihat atau mendengar sebarang isu. Ambil masa untuk berfikir apa maklumat yang kita perolehi. Hati-hati dengan pengaruh emosional berbanding fikiran yang rasional.

2. TAHAN

Tahan diri sekejap untuk memberi komentar. Semak, adakah kita ada ilmu atau maklumat ke tidak tentang perkara tersebut. Jika berjaya tahan diri, bermakna kita telah beri masa untuk berfikir. Insya-Allah kebiasaannya kita lebih rasional.

3. TUNGGU

Tunggu sebentar apabila sesuatu isu itu diperkatakan. Kebiasaannya pasti akan ada siri penjelasan terhadap sesuatu isu yang telah tular. Bagi ruang kepada pihak yang terbabit atau yang berkenaan menjawab adalah lebih baik. Kita tidak perlu gopoh.

4. TERUSKAN

Teruskan untuk memberi komen jika kita fikir komentar kita itu ada manfaat kepada diri kita dan orang lain, betul maklumatnya, tidak mengguris mana-mana pihak ataupun tidak memberi kesan sampingan kepada sesiapapun khususnya bersifat fitnah atau mencaci.

………

Sempena Ramadan ini kita diajar bukan setakat menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja bahkan meliputi semua perkara. Termasuklah bercakap, menulis, berfikir tentang perkara yang sia-sia.

Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi puasa juga adalah menahan dari daripada perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencela kamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, aku berpuasa “. [HR Ibnu Khuzaimah : 1996][1]

Penulis adalah seorang Kaunselor Berdaftar

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .