Home Berita PAS Melaka

Bersyukur Allah SWT pilih kita sebagai naqibat – Ustazah Khadijah

96
SHARE

Oleh SITI SALWANI MOHD KASSIM

HANG TUAH JAYA, 1 Mei: “Bersyukurlah Allah SWT pilih kita sebagai naqibat, kerana naqibat ini adalah pendakwah. Seorang pendakwah mestilah merasakan pentingnya tugas dakwah yang mulia dan tinggi di sisi Allah kerana orang yang terbaik perkataannya adalah orang yang menyeru kepada agama Allah.

“Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah.”

Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan, Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM), Ustazah Khadijah Mahmud berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Penyerahan Watikah Pelantikan Naqibat Teras Negeri Melaka di Dewan Muallim Haji Abd Wahid, Bukit Katil pagi tadi.

Menurut Ustazah Khadijah, Naqibat AKIFI iaitu Alim, Haraki dan Sufi yang lahir daripada Dewan Muslimat ini adalah sesuatu yang ‘lain’ (berbeza).

“Bila membaca Al Quran, bacaannya lain (betul dan sempurna). Bila pergi ke majlis ilmu, (adab dan pemahamannya) lain. Dan bila mengajar, (kaedah dan keberkesanannya) lain.

“Ini adalah kerana naqibat lahir daripada kesan tarbiyah dan usrah mengikut manhaj yang ditetapkan oleh (PAS) Pusat serta latihan di dalam kelas Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA),” ujarnya.

Ustazah Khadijah mengharapkan agar semua 54 orang Naqibat Teras yang telah dilantik akan saling membantu dalam usaha dakwah di peringkat kawasan sehingga ke cawangan dan tetap teruskan program usrah walaupun kehadiran ahli sedikit.

“Insya-Allah, bila kita beramal Allah akan tambahkan keyakinan, usrah akan menjadi semakin berkualiti dan ada peningkatan dalam jumlah kehadiran.

“Usrah tonggak kekuatan jemaah Islam, menyatukan hati orang-orang Mukmin dan melahirkan para amilin,” katanya mengakhiri ucapan.

Majlis Penyerahan Watikah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Negeri Melaka, yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka, Ustaz Imran Abd Rahman.

Turut hadir di dalam majlis ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Aziah Mohd Saad.

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .