Home Berita PAS Kelantan

Usahawan IKS disaran berjimat cermat

89
SHARE

PASIR MAS, 3 Ogos: Exco Dakwah Negeri Kelantan, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menyaran para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) agar berjimat cermat dan berhemah berpandukan hadis Rasulullah SAW.

Katanya, ingat lima perkara yang elok sebelum datang hal yang buruk iaitu senang sebelum susah, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

“Orang berniaga mesti giat berusaha menjalankan perniagaan ketika usia masih muda belia kerana tenaga masih kuat, ingatan masih cekap dan peluang masih banyak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan IKS kepada 80 usahawan IKS Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti, di Dewan Terbuka, Maahad Tahfiz Daril Ulum (MAFIZ), semalam.

Tambahnya, amalan berjimat cermat adalah sebahagian daripada ilmu kehidupan.

“Hamba Allah mesti berbelanja secara sederhana kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang melampau batas dalam semua perkara. Apatah lagi yang berkaitan dengan jaminan Allah terhadap sembilan per sepuluh rezeki yang diperolehi daripada hasil berjual-beli,” katanya.