Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Undi PAS Di Seri Setia, Signal Protes Beban SST

623
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 222/93
21 Dzul Hijjah 1439 | 2 September 2018

UNDI PAS DI SERI SETIA, SIGNAL PROTES BEBAN SST

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa para pengundi di DUN Seri Setia membuat perubahan dengan mengundi calon PAS Dr Halimah Ali sebagai tanda protes terhadap beban SST yang mula membelenggu rakyat.

2. Pengenalan semula SST hanya mengitar kembali masalah yang sama dan langsung tidak mampu menyelesaikan masalah pokok iaitu kenaikan harga barang dan meningkatkan beban kos sara hidup rakyat.

3. Campur tangan kerajaan terhadap pasaran dengan menggunakan mekanisme cukai kepenggunaan *akhirnya akan membebankan rakyat. *

4. Cukai jualan (5% dan 10%) yang dikenakan terhadap pengilang akan membawa kepada kenaikan kos pengeluaran (compounding effect).

5. Begitu juga, cukai perkhidmatan sebanyak 6% juga secara langsung masih membebankan rakyat seperti pelaksanaan GST yang lalu.

6. Malah, bagi sesetengah keadaan, pengguna dikenakan dua kali beban cukai atau pun tiga kali kerana sesetengah pihak hotel dan restoran mengenakan caj servis sebanyak 10%.

7. Terdahulu, YB Marang Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah kemukakan Private Member Bill untuk pinda Akta 355 bagi membolehkan memperkasaan Mahkamah Syariah dapat dilunaskan, tetapi belum berjaya.

8. Berbeza dengan PAS, asas percukaian yang akan dikenakan tidak membebankan rakyat kebanyakan khususnya golongan B40 dan M40 dan ia juga tidak menyukarkan kerajaan untuk mendapatkan hasil.

9. PAS mempunyai formula cukai tidak membebankan, hanya kepada golongan 1% hingga 3% dalam kalangan T20 dengan kadar yang sangat munasabah iaitu sekitar 2.5% jika diberi mandat memerintah negara pada PRU akan datang.

10. Justeru itu, sebagai langkah awal menuju PRU ke 15 kelak, berilah peluang kepada PAS untuk menampilkan solusi berdasarkan tasawwur Islam dan mengutamakan kebajikan rakyat melalui kemenangan dalam pilihanraya kecil Seri Setia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

Sekian.