Home Berita PAS Johor

Umat Islam perlu henti pemborosan – SPPM

102
SHARE

 

Oleh WARDATUL JANNAH ASSOFEA

SEGAMAT: Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia ( SPPM) menyeru umat Islam agar menghentikan pemborosan dalam berbelanja dengan mengelak pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan ini.

Presiden SPPM, Normala Sudirman berkata, seruan ini bukanlah bermakna kita tidak digalakkan membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan atau di gerai , tetapi pengguna diingatkan agar berjimat dalam berbelanja serta mengambil sikap bersederhana dalam membeli supaya tidak berlaku pembaziran yang merugikan ekonomi kewangan keluarga.

Kempen elakkan pembaziran ini amat baik sebagai peringatan kepada masyarakat supaya tidak boros dalam berbelanja hingga berlaku pembaziran . Ini adalah kerana amalan membazir dilarang sama sekali oleh Islam.

Ketika berbelanja , kita perlu ibarat peribahasa “ukur di badan sendiri’ supaya Bulan Ramadan lebih bermakna menjadi bukan menjadi bulan untuk menjamu selera dan membazir dalam perbelanjaan tanpa menilai kemampuan diri dalam berbelanja.Sepatutnya amalan besederhana dalam berbelanja mesti menjadi ingatan kepada semua supaya Madrasah Ramadhan’ yang dilalui membawa seribu erti.

“Islam menyuruh umatnya mengelakkan sikap membazir , rakus dan boros dalam berbelanja, , namun berlawanan dengan ajaran ini, segelintir masyarakat berbuka puasa dengan makan dan minum begitu banyak sehingga menjadi malas dan mengabaikan kewajipan untuk melakukan solat, membaca Al-Quran” katanya.

Normala berkata demikian ketika diwawancara selepas program edaran Takwim Ramadan 2022 dan Kurma kepada pengunjung Bazar Ramadhan di Bandar Putra IOI Segamat hari ini.

Menurut Normala , Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan pada 2016, setiap kali Ramadan 20,000 tan makanan dibuang terus ke dalam tong sampah.

Katanya, jumlah makanan itu sebenarnya boleh memberi makanan kepada 180 juta orang yang memerlukan.

“Bila makanan banyak terbuang maka ia sekaligus akan menafikan makanan untuk mereka yang memerlukan dan generasi masa depan”, katanya lagi.

Saya juga menyokong penuh kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) , Tuan Mohideen Abdul Kader dalam kempen menentang pembaziran yang mengatakan membuang makanan berlebihan akan melenyapkan sumber dan menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar melalui pencemaran laut dan sungai serta melepaskan karbon dioksida yang menyebabkan pemanasan global.

Semoga bulan Ramadhan yang mulia menjadi lebih bermakna dengan sikap sederhana dalam berbelanja .Elakkan pembaziran dan hentikan pemborosan.