Home Berita PAS Pahang

Edaran kurma sempena Ramadan di sekitar Indera Mahkota

118
SHARE

Oleh: LIZA ALI

INDERA MAHKOTA, 7 Apr :: Sebanyak 1,000 bungkusan kurma telah diedarkan kepada penduduk dan warga kilang yang datang ke Bazar Ramadan Taman Balok Makmur kelmarin.

Turun ke lapangan mengedar sumbangan tersebut ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Indera Mahkota.

“Alhamdulillah, program edaran kurma ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah di antara PAS Indera Mahkota dengan masyarakat setempat di samping sebagai simbolik kepada mulianya bulan Ramadhan kepada umat Islam selain merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda Nabi SAW,” kata Andansura.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Ketua Penerangan Kawasan Indera Mahkota (PASKIM) Ahmad Azlan Abu Bakar dan Ketua Cawangan Balok Makmur Jamil Senir.

Rentetan dari program itu ahli-ahli jawatankuasa akan meneruskan lagi edaran kepada setiap rumah di Balok Makmur dan Cengal Lempong serta beberapa lagi cawangan PAS di Beserah.

“Kandungan buah kurma juga mengandungi tinggi kabohidrat, vitamin B3 dan vitamin C serta tinggi dengan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan kalsium,” ujar Andansura lagi.