Home Berita PAS Sabah

Mustaman minta jalan rosak diselenggara segera

161
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
7 April 2022

SANDAKAN: Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain minta jalan rosak di lorong 40, Taman Indah Jaya dekat sini diselenggara segera oleh pihak yang berwajib.

Katanya pagi tadi yang juga Pemaju Mukim DUN Elopura, aduan sudah dibuat sejak 1 April yang lalu, namun masih belum ada tindakan dari pihak yang berkenaan.

“Lubang jalan makin hari makin besar, laluan ini juga sering digunakan penduduk dan berada dalam keadaan sesak di waktu-waktu puncak,” jelasnya.

“Saya bimbang jika jalan ini tidak diselenggara dengan segera boleh menyebabkan kemalangan. Jadi mohon pihak yang berkenaan untuk ambik tindakan yang sewajarnya,” tambahnya.

Jelasnya, Pemuda PAS Sabah sentiasa memandang serius apa sahaja rintihan dan keluhan rakyat dan memastikan ianya dapat ditangani secepat mungkin.